FathiahRaihana

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Fasa keDua , Alhamdulillah =)


sayu rasanya bila dengar bacaan Ustaz Ishak time ktorang solat tarawih semalam .. semua warga SMKANT dah sedia maklum , Ustaz2 SMKANT ni kalau baca Quran memang BEST!! terutamanya Ustaz Ishak laa .. dengar bacaan Ustaz , kalau betul2 dihayati makna ayat2 AlQuran nie , memang boleh luruh gugur menitis air mata. memang laa selama ni solat biasa pun berimamkan Ustaz Ishak jugak , tapi tak pernah lagi rasa macam nie . sebab ana taw , this is the last one . habis tahun nie , imam solat tarawih ana tahun depan bukan Ustaz lagi .. uhh. emo sekejap ;p


Alhamdulillah , kita dah hampir masuk fasa ke2 dalam bulan Ramadhan =) sekejap je kan .. rasanya tetiap tahun bila dah masuk je bulan Ramadhan kita akan dibacakan hadis ni ..

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

dan begitulah esok , 11 Ramadhan , bermakna kita telah melangkah ke fasa Maghfirah , iaitu keampunan drpd Allah .. dalam fasa kedua nie lah kita nak tengok sejauh mana ikhlas dan istiqamah nya kita berpuasa setiap hari sebab kebanyakan orang bersemangat nak puasa tu time awal2 Ramadhan je . dalam fasa pertama yang penuh Rahmat tu laa ramai sungguh insan2 yg bersemangat ke masjid, bersemangat baca AlQuran dan bersemangatlah melakukan segala amal ibadah . tapi , bila da masuk fasa kedua , pasar Ramadhan pun dah tak meriah sangat, masjid pulak time Maghrib dan Isyak je penuh , tarawih tinggal sikit je manusia ..

tapi , tu orang lain . kita ? kenalah terus istiqamah!! =) make sure kita terus-terusan memburu pahala , terutamanya keampunan yg Allah dah "offer" pd kita . lagi pun , kita pun belum tentu lagi sempat berjumpa Ramadhan tahun depan kan ? sekarang lah kena pulun ! ^__________^




p/s : tak sabar nak raya! tapi lepas raya Trial Exam!! Ohhhh !!!



Sape COMMENT die COMEL! :)

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.